Thursday, 30 July 2015

Kakak, bagi saya makanan !

Keluar dari stesen commuter, bau makanan menerjah hidung jawa ku~
Manusia napsu lapar membuas macam aku memang pantang terbau.. 
Terus lapar menggigil..
Tak pe lah.. beli je lah roti nanti kat kedai bakery kat depan sana nanti (dah janji dengan diri sendiri nak breakfast roti je hari ni).
Nampak gerai tepi jambatan,
Situ pon ada jual roti jugak (ada jual nasi lemak, mi goreng, etc jugak)
Baik beli kat gerai, murah sikit.
Grab sandwich sardin, 
Eh menarik pulak karipap 3 ketul dalam plastik tu.
Ok, sandwich dengan karipap je.


Nak gerak dah, 
Sambil jeling jeling gerai nasi lemak kat sebelah...huhuhu
Intai mi goreng dia.
Macam menggoda goda je..
Aku dah lama tak makan mi goreng! (tetiba)
"Bang, mi goreng satu. Taruk sambal ye.."

So dalam plastik ada mi goreng, sandwich sardin dan karipap 3 ketul.

Jalan ke office dengan geram kat diri sendiri sebab tak boleh lagi control nafsu makan...
"Alah... sandwich tu aku makan lah untuk lunch. Tak payah keluar dah.." 
nak sedapkan hati (konon)

"Kakak, bagi lah saya makanan.."
Seorang lelaki kurus tinggi bawak beg balik kampong, tangan kanan berbalut (patah agaknya) tahan aku sambil terjuih juih mulut dia ke arah plastik merah aku (haip!!)

"Saya lapar ni kak.." sambil sengih ala kerang busuk + mintak simpati.

Gila, takkan nak bagi makanan aku? Nanti aku nak makan apa? Otak tamak aku menghalang
Perut aku angguk setuju (memang teruk mereka berdua ni)

Aku seluk beg aku yang belum berzip rapat.
Capai beberapa keping RM1.00 yang merata rata dalam beg tu dan bagi dia.

"Nah beli makanan...." aku senyum ikhlas

"Beli kat bawah tu ye kak?" aku angguk dan terus sambung jalan kaki ke office

Hari ini hari Jumaat
JOM BERSEDEKAH!



Gagal lagi nak diet ~




3 comments:

  1. Mana button like? Malas nak komen~ blueks~

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemalas ko nih. cuba scroll bebetul, kan ada button REACTIONS tu. ko pilih mana ko nak.

      Delete
    2. Begitu, kah?!! algessemnidaaaa~

      Delete