Thursday, 30 July 2015

Kakak, bagi saya makanan !

Keluar dari stesen commuter, bau makanan menerjah hidung jawa ku~
Manusia napsu lapar membuas macam aku memang pantang terbau.. 
Terus lapar menggigil..
Tak pe lah.. beli je lah roti nanti kat kedai bakery kat depan sana nanti (dah janji dengan diri sendiri nak breakfast roti je hari ni).
Nampak gerai tepi jambatan,
Situ pon ada jual roti jugak (ada jual nasi lemak, mi goreng, etc jugak)
Baik beli kat gerai, murah sikit.
Grab sandwich sardin, 
Eh menarik pulak karipap 3 ketul dalam plastik tu.
Ok, sandwich dengan karipap je.


Nak gerak dah, 
Sambil jeling jeling gerai nasi lemak kat sebelah...huhuhu
Intai mi goreng dia.
Macam menggoda goda je..
Aku dah lama tak makan mi goreng! (tetiba)
"Bang, mi goreng satu. Taruk sambal ye.."

So dalam plastik ada mi goreng, sandwich sardin dan karipap 3 ketul.

Jalan ke office dengan geram kat diri sendiri sebab tak boleh lagi control nafsu makan...
"Alah... sandwich tu aku makan lah untuk lunch. Tak payah keluar dah.." 
nak sedapkan hati (konon)

"Kakak, bagi lah saya makanan.."
Seorang lelaki kurus tinggi bawak beg balik kampong, tangan kanan berbalut (patah agaknya) tahan aku sambil terjuih juih mulut dia ke arah plastik merah aku (haip!!)

"Saya lapar ni kak.." sambil sengih ala kerang busuk + mintak simpati.

Gila, takkan nak bagi makanan aku? Nanti aku nak makan apa? Otak tamak aku menghalang
Perut aku angguk setuju (memang teruk mereka berdua ni)

Aku seluk beg aku yang belum berzip rapat.
Capai beberapa keping RM1.00 yang merata rata dalam beg tu dan bagi dia.

"Nah beli makanan...." aku senyum ikhlas

"Beli kat bawah tu ye kak?" aku angguk dan terus sambung jalan kaki ke office

Hari ini hari Jumaat
JOM BERSEDEKAH!



Gagal lagi nak diet ~




Penjenayah

Pepatah pernah menyebut,
Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah (padan muka!)

Tapi kami bukan tupai!

Kamilah......... 

Kung Fu Pandah!
Shrekiah!
Martiah the Zebra!
(tambahan "ah" di hujung sana sebab perempuan)


Surat dah standby.
Meja dah cun.. clear.

Kami salah.
100% bersalah.
Cukup.
Tak payah nak gigih sangat explain..
"Sebenarnya... kisah dia bermula apabila......"
Buang masa.
S*** happens, babe!

Kau hanya perlu admit,
"Ye, saya mengaku salah"

AS SIMPLE AS THAT!

Maka,
Orang salah tak boleh stay.
Malu 8 keturunan kena ungkit mak timah oiii ~
Janganlah carik pasal...
Tu belum lagi kena jeling jeling aku cucuk mata karang!
Memang tak lah...



Inilah pilihan terbaik dan paling adil untuk semua orang.
Semoga mereka melompat keriangan bertepuk tangan ketika kami melangkah pergi nanti.... (isk isk)

Kami apa heran,
Kami nak pergi karoks
5 jam straighttttt
SE LE BE RETTTT
!




Wait, bukan 1 month notice ke?








Wednesday, 29 July 2015

Terhina!

Nak beli korset. Korset tak ada size.
Waist : 38"
Hip : 49"
Size paling besar 4XL (H : 45")
Aku tak sangka aku boleh jadi selebar ini dalam setahun!
Kalau dua tahun????





Kerja lain

Asal dia dari member aku. Kerja company best. Kerja flexible.
Selalu bila borak kat whatsapp dia masih di rumah.
Pagi.
Petang.
Bonus 4 kali setahun.
HEBAT!
Offer satu kerja untuk aku. sama office. Lalu aku teringat member 2 orang lagi di office. Yang masih merenung nasib. Menghitung gaji.
Juga yang saiko macam aku.
SHARING IS CARING!
Ajak apply sama sama. Hantar resume secara berjemaah.
Seminggu kemudian, tiga tiga sangkot untuk phone interview.
HR dari Hong Kong sana.
Aku pagi jam 10.30am.
Jae Hyuk jam 11.30am
Ji Yong jam 2.30pm
Bukan bidang aku. Maka aku jawab ikut suka gigi aku. English berterabur.
Lantak sana~
Yang dua lagi, ada lah kot harapan sebab memang kerja diorang.
Hari ni, Jae Hyuk dapat call for 2nd interview.
Kami berdua diorang offer kerja lain.
Tak nak aku.
Aku nak kerja yg flexible tu.Tak perlu masuk office sangat. Tapi gaji sedap.
Bonus 4x setahun.
Tak pe, bukan rezeki kali ini.
Tunggu kerja lain okay?


ALLAH kata nanti.

DIA NAK BAGI LAGI BEST!


Tuesday, 28 July 2015

Sini

nak merepek kat facebook,
risau terover (boleh jatuh malu)

nak update kat twitter,
....apa tu???

nak bercerita dengan member,
kadang kadang member eksen tak nak layan.

nak mengomel dengan bff,
bff  busy dengan bff lain!

nak borak dengan si dia,
1 way communication.

nak mengadu.....
pada Allah lebih baik, bukan?

maka,
kat sini lah kot.
tempat terbaik.
untuk melepaskan segala yang ada di otak, hati, lutut (heh)


hidup macam warna pelangi.


jangan terlalu fokus pada warna yang satu je :)